Dari segi ketersediaan, fleksibiliti, kemudahan, tekstur, harga, eco-friendly, dan pemakanan pengganti terbaik gula putih adalah GULA TEBU ORGANIK. Gula tebu organik adalah gula yang tidak diletak sebarang bahan tambahan dan kurang mengandungi bahan penyebab kanser seperti baja kimia dan racun perosak. Dimana baja kimia dan racun perosak ini banyak digunakan dalam proses penanaman tebu secara konvensional.
Berbanding dengan gula putih, gula tebu organik mempunyai rasa tebu yang penuh lemak dan aroma tebu. Ianya kurang diproses seterusnya mampu mengekalkan nutrisi asal yang ada dalam jus tebu. Gula tebu yang tidak ditapis mengandungi 17 asid amino, 11 mineral, dan 6 vitamin, termasuk antioksidan.
Ia terdiri daripada sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Semenatara jadual gula putih hanya mengandungi sukrosa dan kalori, disamping tambahan bahan kimia merbahaya yang digunakan sepanjang proses penapisan seperti limau, sulfur dioksida, dan asid fosforik.
Warna perang gula tebu organik adalah sebanding dengan turbinado atau gula βmentahβ, ianya suatu tanda bahawa ia kurang diproses berbanding dengan pemanis yang lain seperti muscovado dan molasses. Semakin dekat warna pemanis kepada warna jus tebu ianya adalah lebih baik.
Gula tebu organik juga boleh didapati dari Kopi CEO Cafe
πππ
π KEMBALI KE BLOG | NAK JADI AHLI π
No comments:
Post a Comment